KEBENARAN

Manusia dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Gunakan ia untuk kebaikan ummah

KEBENARAN ITU WAJIB

Bercakap dan menulis perkara yang benar itu wajib, Media dan TV, ahli politik, buku-buku, majalah dan media yang lain, perlu berani bercakap benar. Mereka jangan melulis berita bersifat sensasi, provokasi atau gossip. Mereka perlu bertanggungjawap kepada pembangunan minda manusia. Anda semua bertanggungjawap dan akan berjawap di hadapan Allah nanti. Bercakaplah benar walaupun pahit.

Archive for the ‘Agama’ Category

100 Hari 100 kereta adalah Judi

Written by admin on Jun 6th, 2008 | Filed under: Agama

Peraduan yang dianjurkan Celcom sebuah syarikat perkhidmatan telekomuikasi di Malaysia, merupakan peraduan yang mengandungi unsur judi. Ia menjadi judi kerana peserta yang di pilih menjawap soalan akan dikenakan caj untuk menjawap soalan. Kalau beli no ekor atau 4D atau Toto kita kena bayar dan apabila betul no atau jawapan, baru kita di bayar habuan.

Kes Celcom ini juga sama dengan judi apabila di kenakan caj ketika menjawap soalan. Bukan perkhidmatan percuma. Tujuan syarikat ini berbuat peraduan ini kerana ingin menarik seramai mungkin pelanggan menyertai dan mereka akan mendapat keuntungan hasil berjuta-juta pelanggan membuat sms dan telefon menggunakan perkhidmatan mereka.

lihat laman web mufti perlis http://drmaza.com

Bukan setakat syarikat ini sahaja, malah syarikat lain juga menyediakan perkhidmatan yang sama, contoh sms di TV, teka teki dan peraduan yang menggunakan khidmat sms. Mereka menggunakan khidmat sms untuk mendapat keuntungan hasil penyertaan orang ramai.


Saya sokong mufti perlis mengenai Jom Heboh

Written by admin on May 1st, 2008 | Filed under: Agama

Surat terbuka mufti kepada TV3 harus diambil perhatian berat oleh TV3. Beliau memandang berat muzik yang tidak di kawal. Jadi pihak TV3 perlulah mengatur program Jom Heboh dengan sopan dan terkawal. Elakkan dari program kurafat dan nyayian yang melampau.

Maklumat lanjut lihat http://drmaza.com


Pemimpin perlu ikhlas dan berakhlak, amanah dan soleh

Written by admin on Apr 21st, 2008 | Filed under: Agama

Bahagian Pertama

Bahagian 2

PENDAPAT SAYA

Keberanian mufti menegur pemimpin amatlah saya alu alukan. Biar pahit ditelan tapi manis untuk ummah Islam

Sebagai pemimpin anda semua perlu bertanggungjawap kepada Allah dan rakyat yang dipimpin. Anda perlu ikhlas dalam memimpin. Bercakap benar di hadapan rakyat dan membantu setakat yang mampu adalah sifat pemimpin yang diingini rakyat. Anda perlu hindari rasuah, politik wang, agihan adil ekonomi negara, membantu rakyat susah, memberi pendidikan kepada rakyat.

Pemimpin yang ingin kita lihat ialah pemimpin soleh dan berbudi bahasa. Bekerja dengan ikhlas dan kerana Allah.


Keajaiban Al Quran

Written by admin on Apr 18th, 2008 | Filed under: Agama

Apabila surah al quran di plot graf melawan bilangan ayat al quran, akan terbentuk perkataan Allah (bahasa arab). Keagungan Allah dan Kebenaran Allah letak di mana-mana penjuru alam ini

http://cpintrass.com/quran/alquran.htm


Kebenaran Islam

Written by admin on Apr 17th, 2008 | Filed under: Agama

Kebenaran Islam adalah berdasarkan bukti yang nyata. Alam dan bumi ini dicipta Allah dan Alquran dan Hadis adalah rujukan utama agama Islam. Kewujudan alam yang maha luas mesti ada penciptanya. Siapa pencipta alam ini?. Ia tak boleh wujud tanpa pencipta. Allah maha berkuasa dan ia maha pencipta.


Kita Perlu sabar

Written by admin on Apr 14th, 2008 | Filed under: Agama

Kesabaran itu mengajar kita erti dewasa. Sabar juga mengajar kita erti hidup, sabar juga mengajar kita erti kematangan.

Ini merupakan topik pertama saya dalam mencari kebenaran, kita perlu bersabar. Tujuan saya ialah mengumpul sebanyak mungkin artikel dan perdapat mengenai Umat Islam dan meneliti isu dan masalah semasa dalam mencari kebenaran.

Memang penat tapi kita perlu bersabar.