KEBENARAN

Manusia dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Gunakan ia untuk kebaikan ummah

KEBENARAN ITU WAJIB

Bercakap dan menulis perkara yang benar itu wajib, Media dan TV, ahli politik, buku-buku, majalah dan media yang lain, perlu berani bercakap benar. Mereka jangan melulis berita bersifat sensasi, provokasi atau gossip. Mereka perlu bertanggungjawap kepada pembangunan minda manusia. Anda semua bertanggungjawap dan akan berjawap di hadapan Allah nanti. Bercakaplah benar walaupun pahit.

100 Hari 100 kereta adalah Judi

Written by admin on Jun 6th, 2008 | Filed under: Agama

Peraduan yang dianjurkan Celcom sebuah syarikat perkhidmatan telekomuikasi di Malaysia, merupakan peraduan yang mengandungi unsur judi. Ia menjadi judi kerana peserta yang di pilih menjawap soalan akan dikenakan caj untuk menjawap soalan. Kalau beli no ekor atau 4D atau Toto kita kena bayar dan apabila betul no atau jawapan, baru kita di bayar habuan.

Kes Celcom ini juga sama dengan judi apabila di kenakan caj ketika menjawap soalan. Bukan perkhidmatan percuma. Tujuan syarikat ini berbuat peraduan ini kerana ingin menarik seramai mungkin pelanggan menyertai dan mereka akan mendapat keuntungan hasil berjuta-juta pelanggan membuat sms dan telefon menggunakan perkhidmatan mereka.

lihat laman web mufti perlis http://drmaza.com

Bukan setakat syarikat ini sahaja, malah syarikat lain juga menyediakan perkhidmatan yang sama, contoh sms di TV, teka teki dan peraduan yang menggunakan khidmat sms. Mereka menggunakan khidmat sms untuk mendapat keuntungan hasil penyertaan orang ramai.



Leave a Reply