KEBENARAN

Manusia dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Gunakan ia untuk kebaikan ummah

KEBENARAN ITU WAJIB

Bercakap dan menulis perkara yang benar itu wajib, Media dan TV, ahli politik, buku-buku, majalah dan media yang lain, perlu berani bercakap benar. Mereka jangan melulis berita bersifat sensasi, provokasi atau gossip. Mereka perlu bertanggungjawap kepada pembangunan minda manusia. Anda semua bertanggungjawap dan akan berjawap di hadapan Allah nanti. Bercakaplah benar walaupun pahit.

Archive for April, 2008

Download Buku atau Membaca Secara Online

Written by admin on Apr 25th, 2008 | Filed under: Buku agama
Anda boleh membaca buku Hafiz Firdaus Abdullah. secara online ataupun pindah turun untuk membaca ketika offline.

Anda juga boleh meggunakan Laman Carian E-Book untuk capaian ayat khusus.

(Download kini mula beroperasi)

* halaman ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa

  1. 20 Persoalan Asas Tentang Hadis Baca Download
  2. 20 Hujah Asas Golongan Anti Hadis dan Jawapannya. Baca Download
  3. Sunni Yang Sunni Baca Download
  4. Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat Baca Download
  5. Bid’ah Hasanah: Istilah yang Disalahfahami Baca Download
  6. Pengenalan Kepada Syiah Rafidhah - Buku 1 Baca Download
  7. Pengenalan Kepada Syiah Rafidhah - Buku 2 Baca Download
  8. CHRISTIANITY THROUGH THE LENS OF CHRISTIAN AND MUSLIM SCHOLARS - 1 Baca Download
  9. CHRISTIANITY THROUGH THE LENS OF CHRISTIAN AND MUSLIM SCHOLARS - 2 Baca Download
  10. Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas Baca Download
  11. Kaedah Memahami Hadis Hadis yg Saling Bercanggah Baca Download
  12. Kaedah Memahami Hadis Musykil Baca Download
  13. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 2) Baca Download
  14. Marilah Berkenalan Dengan al-Quran Baca Download
  15. Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah, Dua Langkah Ke Arah Akhlak Yang Menepati al-Sunnah Baca Download
  16. Antara Fahaman Wahabi dan Fenomena Murtad Baca Download
  17. Musafir Penerbangan dan Beberapa Permasalahannya Baca Download
  18. Pedoman-pedoman Bermazhab Dalam Islam Baca Download
  19. Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa Baca Download
  20. Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar? Baca Download
  21. Himpunan Risalah Mengenai Persoalan Ummah Baca
  22. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah - (Syiah) Buku 3 Baca
  23. Jawapan Ahl Al-Sunnah Kepada Syi’ah Rafidhah - (Syiah) Buku 4 Baca

Pemimpin perlu ikhlas dan berakhlak, amanah dan soleh

Written by admin on Apr 21st, 2008 | Filed under: Agama

Bahagian Pertama

Bahagian 2

PENDAPAT SAYA

Keberanian mufti menegur pemimpin amatlah saya alu alukan. Biar pahit ditelan tapi manis untuk ummah Islam

Sebagai pemimpin anda semua perlu bertanggungjawap kepada Allah dan rakyat yang dipimpin. Anda perlu ikhlas dalam memimpin. Bercakap benar di hadapan rakyat dan membantu setakat yang mampu adalah sifat pemimpin yang diingini rakyat. Anda perlu hindari rasuah, politik wang, agihan adil ekonomi negara, membantu rakyat susah, memberi pendidikan kepada rakyat.

Pemimpin yang ingin kita lihat ialah pemimpin soleh dan berbudi bahasa. Bekerja dengan ikhlas dan kerana Allah.


Keajaiban Al Quran

Written by admin on Apr 18th, 2008 | Filed under: Agama

Apabila surah al quran di plot graf melawan bilangan ayat al quran, akan terbentuk perkataan Allah (bahasa arab). Keagungan Allah dan Kebenaran Allah letak di mana-mana penjuru alam ini

http://cpintrass.com/quran/alquran.htm


TV dan Akhbar Perlu Bercakap Benar

Written by admin on Apr 18th, 2008 | Filed under: Media dan Maklumat

Berikut merupakan kenyataan mufti perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang telah difakskan ke TV3;

27hb. Mac 2008

Penerbit Buletin Utama TV3,
Sri Pentas
No.3 Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum wbt

Tuan,

KEPERLUAN BERITA YANG SAHIH LAGI BERSIH DARI SEBARANG PROVOKASI

Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara. Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atausesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yangtidak adil terhadap mereka. Firman Allah dalam Surah al-Maidah:8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagimenerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadapsesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebihhampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya AllahMaha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Dalam suasana negara sedang mengharungi kerencaman aliran politik dan pemikiran pada mutakhir ini, saya mengharapkan agar sumber-sumber berita sama ada TV, atau internet, akhbar dan seumpamanya bersifat adil dalam menyiarkan sesuatu berita. Sampaikanlah berita yang benar sekalipun mengenai pihak yang berbeza aliran dengan kita. Jauhi unsur-unsurprasangka dan provokatif. Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya. Biarlah rakyat yang matang membuat penilaian setelah mendapat maklumat yang sahih. Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.

Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapatkepercayaan umum.

Sekian,

DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

http://drmaza.com


Kebenaran Islam

Written by admin on Apr 17th, 2008 | Filed under: Agama

Kebenaran Islam adalah berdasarkan bukti yang nyata. Alam dan bumi ini dicipta Allah dan Alquran dan Hadis adalah rujukan utama agama Islam. Kewujudan alam yang maha luas mesti ada penciptanya. Siapa pencipta alam ini?. Ia tak boleh wujud tanpa pencipta. Allah maha berkuasa dan ia maha pencipta.


Kita Perlu sabar

Written by admin on Apr 14th, 2008 | Filed under: Agama

Kesabaran itu mengajar kita erti dewasa. Sabar juga mengajar kita erti hidup, sabar juga mengajar kita erti kematangan.

Ini merupakan topik pertama saya dalam mencari kebenaran, kita perlu bersabar. Tujuan saya ialah mengumpul sebanyak mungkin artikel dan perdapat mengenai Umat Islam dan meneliti isu dan masalah semasa dalam mencari kebenaran.

Memang penat tapi kita perlu bersabar.